Pengikut

20 Disember 2008

Murah Rezeki Dan Kesempurnaan Iman

Assalammualaikum semua.. Mari Kita hayatinya..

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :

"Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."
Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :
"Tanyalah apa yang engkau kehendaki"

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah

Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki


Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim

Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim


Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya

Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya


Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil

Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia


Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik

Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia


Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah .

Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah


Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku

Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna


Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).

Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini


Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat

Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat


Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa

Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa


Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya

Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya


Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat

Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat


Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku

Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu


Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia

Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia


Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia

Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia


Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya

Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka


Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.

Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya


Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku

Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya


Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat

Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat


Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?

Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan


Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?

Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )


Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?

Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan


Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?

Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang


Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah


Telah berkata Imam Mustaghfirin:
"Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat
selain hadis ini...."

Kesempurnaan diri muslim - Hadis Munthahharah

♥_Bila Tetikus Ku Dah Bergolek_♥
“.Jangan Sesekali Mengadai Prinsip...Demi Untuk Mendapat Dunia Yang Mengiurkan..”

18 Disember 2008

Kelebihan Melabur Dalam Unit Trust









5) Kos dan Caj Pelaburan Yang Lebih Rendah.

ika kita buat direct investment dalam Bursa malaysia dan secara kecil-kecilan, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih tinggi..antara kosnya ialah yuran dan caj yang dikenakan oleh broker2 saham. Dengan unit trust, disebabkan fund manager melabur dengan amaun yang besar, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih ekonomi.. maknanya kos untuk setiap ringgit kepada setiap pelaburan akan menjadi lebih rendah. Konsepnya samalah macam anda beli barang sikit2 di kedai runcit dengan beli barang secara borong di pasaraya Makro, Carefour atau Tesco. Tentunya di pasaraya besar anda dapat berjimat bila anda membeli secara borong kan?


6) Undang-Undang dan Peraturan Yang Terjamin.

Tahukah anda wang yang anda laburkan tiba-tiba lesap begitu saja disebabkan syarikat atau tempat yang anda laburkan bermasalah atau tiba-tiba didapati beroperasi secara salah disisi undang2? Tentunya taknak kan.. anda mesti pernah dengar Swiss Cash yang heboh tempoh hari sebab illegal.. ataupun skim2 cepat kaya yang lain kan? skim2 ni konsepnya hampir sama dengan unit trust juga iaitu collect duit dari orang ramai dan dilaburkan. Kemudian keuntungan diagihkan kepada peserta mengikut berapa peratus duit yang dilabur oleh peserta. Masalahnya, skim2 ini beroperasi secara illegal.. so, bila2 pun wang anda boleh lesap dalam sekelip mata.

ita bertuah kerana di Malaysia, industri unit trust diperkenalkan bersama-sama beberapa undang-undang dan peraturan. Berbagai pihak mengawal selia industri ini terutamanya Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission). Tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan pelaburan pemegang2 unit. Jadi, dengan unit trust investment, kita akan rasa lebih selesa dan wang kita juga agak terjamin dengan adanya undang2 dan peraturan2 yang tertentu.

Sekarang anda dah tahu beberapa kelebihan invest dalam unit trust ni. Jadi tunggu apa lagi… marilah kita invest dalam skim unit trust. Nasihat saya kepada yang susah hendak menyimpan duit kerana berbagai-bagai alasan tu, gunakanlah Skim Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP.

Secara perbandingannya, pelaburan unit trust memberikan pulangan tahunan yang lebih tinggi daripada KWSP. Sebagai contoh dibawah:

Pulangan KWSP :

2005 = 5%, 2006 = 5.15%, 2007 = 5.8%

Pulangan Public Ittikal :

2005 = 7.24%, 2006 = 12.91%, 2007 = 46.13%

Bukankah kita perlu mengambil berat tentang

kadar pulangan simpanan kita? Duit simpanan didalam KWSP itu bukan boleh dikeluarkan lagi selagi tak sampai umur 50 tahun. Jadi takkan mahu melepaskan peluang untuk melabur ke instrumen lain yang lebih menguntungkan? Bayangkan jika anda mempunyai RM10,000 dan membuat simpanan ke dalam 2 jenis simpanan iaitu KWSP dan Unit Trust. Dalam masa 25 tahun (Compound Interest) jumlah simpanan di dalam KWSP menjadi RM33,864.0 (anggaran pulangan 5% setahun) sebaliknya jumlah simpanan di dalam Unit Trust menjadi RM329,190.0 (anggaran pulangan 15% setahun). Lihat perbezaannya adalah sebanyak RM295,326.0!!

UNIT TRUST : RM329,190.00

KWSP : RM33,864.00

PERBEZAAN : RM295,326.00

Jika ada pertanyaan tentang skim ni boleh hubungi saya melalui email dakreez@gmail.com or YM reezh80

♥_Bila Tetikus Ku Dah Bergolek_♥
“.Jangan Sesekali Mengadai Prinsip...Demi Untuk Mendapat Dunia Yang Mengiurkan..”


07 Disember 2008

salam AIDILADHA 1429H


Assalamualaikum wbt,

Esok seluruh umat ISLAM akan menyambut HARI RAYA QURBAN dan dikesempatan ini nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam di mana jua korang berada.

Semoga kita dapat menghayati dan menghargai pengorbanan Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail dalam mengikuti perintah Allah dengan sepenuh hati mereka.

TQ pada MAIS atas eKAD yang menarik nie. Kena bg kredit kang kena saman muahahaha. Sapa2 yang malas nak decor eKAD mcm aku. Korang pulun je mane2 eKAD yang ade.. search jer... ENJOYZ..


SALAM AIDILADHA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAKREEZ BLOGSPOT.


♥_Bila Tetikus Ku Dah Bergolek_♥
“.Jangan Sesekali Mengadai Prinsip...Demi Untuk Mendapat Dunia Yang Mengiurkan..”

Qurban Banting Trip

Assalammualaikum...

Semalam opiz ade program sempena Qurban.. Tahun nie tempat keje aku dipilih untuk 'sedekah' lembu kat seluruh Selangor sempena AIDILFIRI aka Qurban. Dekat 385 ekor lembu la lembu kena diagihkan ke seluruh masjid di Selangor.

Aku dan dak opiz iaitu Abg Ishak, Abg Daud, Abg Ja'a dan Abg Sukarni termasuk 2 orang wakil Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Depa nie dilantik oleh Kerajaan Negeri menyelaras dan menyediakan lembu untuk Qurban dan opiz aku BAYO... muahahaha...

Aku gerak dr rumah jam 8 am nek Komuter bhenti kek Komuter Shah Alam. Sampe je cni... Abg Ishak dah ada termasuk abg Ja'a dan Abg Sukarni. Abg Daud nek kete sendri...

Kumpulan aku kena area BANTING ye BANTING.. jauh nak mampos... pas 2 tertgk plak lokasi mane nak anto.. mak aii jauh seh.. masak la nak balik kol bape nie... sengal tol la kena cam nie..

Sampe je Majlis Agama Islam BANTING Abg Nazri dah sampe. kite org lepak dlu.. dekat jam 10.30am sampe dh kek opiz Jab Agama. Igt lembu dan PKPS dah sampe skali ADO... hampres tol.

Pas 2 Abg Ishak ajak bekpes.. den mmg dh lapo giles... hehe... kendian Abg Ja'a dan Abg Sukarni join skali. Sampe makan PKPS dan tokei lembu xsampe laie.. Bro Nazri kol PKPS cakap lori dari 3 tinggal 1 jer.. Woi mane sempat nak anto sumer.. Korg taw bape ekor.. dekat 33 ekor nak anto.. BUDUS TOL...

dekat 11.30 baru sampe tokei ngan lembu... Dorg x masuk dlm.. lepak je luar so kitrg pg kek lori nak tgk lembu. skali laie kejadian sengal tjdi.. lembu di kirim x menepati kriteria depa bg lembu hok GRED Z.. kurus kering je lembu 2... aku laie gemok.. wakakakaka...

Dengan muka kelat.. ktrg anto je kek masjid pertama...


♥_Bila Tetikus Ku Dah Bergolek_♥
“.Jangan Sesekali Mengadai Prinsip...Demi Untuk Mendapat Dunia Yang Mengiurkan..”

05 Disember 2008

Majlis Farewell AZLI





Assalammualaikum semua...


erm...dah lama xupdated entry... so nir nak share ngan korg xtvt last jumaat aku n geng. Ktrg bt majlis untuk meraikan AZLIYANA aka CIK AZLI. Dier dpt keje TETAP kat Bernas kek Kedah.

so kitorang arrange farewell utk die utk ingat2an di hari muka kekdahnye..hehe

tarikh: 28.11.08 (jumaat)
masa : 9.00 mlm
tempat : MSI Idaman, Kota Damansara.
kehadiran : geng2 yg telah disahkan muda remaja
huahahaha...

mkn kek c2 mmg best gler. gaya bangunan ada pondok2.kategori mcm mkn kat beranda umah kayu ler konon2nye. meh pekena gmbr.


♥_Bila Tetikus Ku Dah Bergolek_♥
“.Jangan Sesekali Mengadai Prinsip...Demi Untuk Mendapat Dunia Yang Mengiurkan..”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...