Pengikut

18 Disember 2008

Kelebihan Melabur Dalam Unit Trust









5) Kos dan Caj Pelaburan Yang Lebih Rendah.

ika kita buat direct investment dalam Bursa malaysia dan secara kecil-kecilan, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih tinggi..antara kosnya ialah yuran dan caj yang dikenakan oleh broker2 saham. Dengan unit trust, disebabkan fund manager melabur dengan amaun yang besar, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih ekonomi.. maknanya kos untuk setiap ringgit kepada setiap pelaburan akan menjadi lebih rendah. Konsepnya samalah macam anda beli barang sikit2 di kedai runcit dengan beli barang secara borong di pasaraya Makro, Carefour atau Tesco. Tentunya di pasaraya besar anda dapat berjimat bila anda membeli secara borong kan?


6) Undang-Undang dan Peraturan Yang Terjamin.

Tahukah anda wang yang anda laburkan tiba-tiba lesap begitu saja disebabkan syarikat atau tempat yang anda laburkan bermasalah atau tiba-tiba didapati beroperasi secara salah disisi undang2? Tentunya taknak kan.. anda mesti pernah dengar Swiss Cash yang heboh tempoh hari sebab illegal.. ataupun skim2 cepat kaya yang lain kan? skim2 ni konsepnya hampir sama dengan unit trust juga iaitu collect duit dari orang ramai dan dilaburkan. Kemudian keuntungan diagihkan kepada peserta mengikut berapa peratus duit yang dilabur oleh peserta. Masalahnya, skim2 ini beroperasi secara illegal.. so, bila2 pun wang anda boleh lesap dalam sekelip mata.

ita bertuah kerana di Malaysia, industri unit trust diperkenalkan bersama-sama beberapa undang-undang dan peraturan. Berbagai pihak mengawal selia industri ini terutamanya Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission). Tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan pelaburan pemegang2 unit. Jadi, dengan unit trust investment, kita akan rasa lebih selesa dan wang kita juga agak terjamin dengan adanya undang2 dan peraturan2 yang tertentu.

Sekarang anda dah tahu beberapa kelebihan invest dalam unit trust ni. Jadi tunggu apa lagi… marilah kita invest dalam skim unit trust. Nasihat saya kepada yang susah hendak menyimpan duit kerana berbagai-bagai alasan tu, gunakanlah Skim Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP.

Secara perbandingannya, pelaburan unit trust memberikan pulangan tahunan yang lebih tinggi daripada KWSP. Sebagai contoh dibawah:

Pulangan KWSP :

2005 = 5%, 2006 = 5.15%, 2007 = 5.8%

Pulangan Public Ittikal :

2005 = 7.24%, 2006 = 12.91%, 2007 = 46.13%

Bukankah kita perlu mengambil berat tentang

kadar pulangan simpanan kita? Duit simpanan didalam KWSP itu bukan boleh dikeluarkan lagi selagi tak sampai umur 50 tahun. Jadi takkan mahu melepaskan peluang untuk melabur ke instrumen lain yang lebih menguntungkan? Bayangkan jika anda mempunyai RM10,000 dan membuat simpanan ke dalam 2 jenis simpanan iaitu KWSP dan Unit Trust. Dalam masa 25 tahun (Compound Interest) jumlah simpanan di dalam KWSP menjadi RM33,864.0 (anggaran pulangan 5% setahun) sebaliknya jumlah simpanan di dalam Unit Trust menjadi RM329,190.0 (anggaran pulangan 15% setahun). Lihat perbezaannya adalah sebanyak RM295,326.0!!

UNIT TRUST : RM329,190.00

KWSP : RM33,864.00

PERBEZAAN : RM295,326.00

Jika ada pertanyaan tentang skim ni boleh hubungi saya melalui email dakreez@gmail.com or YM reezh80

♥_Bila Tetikus Ku Dah Bergolek_♥
“.Jangan Sesekali Mengadai Prinsip...Demi Untuk Mendapat Dunia Yang Mengiurkan..”


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...