Pengikut

09 Mac 2009

Salam Maulidur Rasul 1430 H

Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal bersamaan 9hb Mac 2009 diraikan penuh penghormatan dan penghayatan dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan di seluruh negara seperti ceramah agama, nasyid, berselawat, berzanji, meraikan golongan fakir dan miskin.

Semua ini adalah sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang menjadi manusia istimewa pilihan Allah. Kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung adalah rahmat bagi sekalian alam.

Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21). Tahun nie kita menyambut dengan tema"WADAH PEMANGKIN UMMAH". Bersesuai dengan keadaan semasa kita yang sedang mengalami momok kaum.

Semoga tahun nie mendapat keberkatan, dimurah rezeki yang halal, hidup yang ceria dan diberkati dan umur yang panjang dan diberkati. AMIN

♥_Bila Tetikus Ku Dah Bergolek_♥
“.Jangan Sesekali Mengadai Prinsip...Demi Untuk Mendapat Dunia Yang Mengiurkan..”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...